Maklumat Seminar

Update: Seminar ini telah berlangsung dengan jayanya pada tahun 2018

LATAR BELAKANG
UTAMA / LATAR BELAKANG

SEKATA 2018 akan cuba menyelusuri periode dalam sejarah dan budaya Kelantan-Patani dahulu, kini dan masa hadapan.
Seminar begini bukan pertama kali membincangkan persoalan Kelantan-Patani tetapi mungkin berbeda dalam bentuk dan isinya kerana walaupun sebelum ini sudah sedia ada seminar atau persidangan tetapi dalam nama yang berbeza. Seminar ini akan menyentuh pemikiran dan beberapa perkara ketamadunan atau peradaban di wilayah budaya timur laut ini.

Sejarah kedudukan Kelantan-Patani telah lama menjadi bahan penelitian para sarjana, khususnya dalam hubungan antarabangsa sebagai salah sebuah tamadun awal di Asia Tenggara. Hal ini dapat dilihat melalui kajian-kajian oleh sarjana tempatan atau barat seperti Mohd Zambri A. Malek (1994), Ahmad Fathy al-Fathani (1994), Siti Hawa Haji Salleh (1991), Wan Mohd Shaghir Abdullah (1998), Linehan (1948), Wyatt (1967), Bongles (1980), Wheatly (1980) dan Bougas (1994).

Kajian-kajian ilmiah seumpama ini harus diteruskan oleh generasi pencinta sejarah hari ini bagi memberi maklumat yang baik untuk tatapan dan rujukan pada hari muka. Malahan suatu kesinambungan kajian perlu diteruskan generasi sarjana dan pakar dari anak tempatan sendiri di wilayah Kelantan-Patani ini.

Seminar ini amat relevan diperkatakan dalam usaha memurnikan dan menjernihkan keadaan bukan sahaja tanggapan politik malahan isu kandungan kepada sejarah, kebudayaan termasuk adat istiadat dan kesenian, bahasa, persuratan, hal keagamaan, peranan ulama dan cendikiawan, pendidikan, dokumentasi dan penerbitan yang dilihat selama ini ada sebahagiannya dalam kedudukan yang kurang jernih.

Seminar yang penting dan bermanfaat ini bukan sahaja berfaedah kepada para pembentang kertas kerja dan peserta bahkan kepada masyarakat keseluruhannya apalagi mereka yang berasal dari wilayah peradaban Kelantan-Patani. Penganjur mengharapkan agar program ini akan mencapai matlamat sepertimana yang dirancang dan menjadi medium pengumpulan bahan-bahan ilmu yang akan diterbitkan bagi rujukan khalayah yang lebih besar jumlahnya dan menyeluruh.

MATLAMAT
UTAMA / MATLAMAT

Mendedahkan kepada masyarakat tentang situasi dan tanggapan semasa yang berlaku di Patani.
Memberi maklumat kepada masyarakat tentang sejarah Kelantan dalam konteks tertentu dan wilayah Patani sebagai sebuah tamadun Melayu unggul.
Menyatakan hasrat dan harapan masyarakat melihat masa hadapan Kelantan dan Patani dalam pelbagai aspek kehidupan.
Sebagai medium jambatan ilmu tentang aspek- aspek tertentu kepada masyarakat.
Mempertemukan para cendekiawan, agamawan, ilmuwan, sarjana, budayawan, pengkaji sosiobudaya Kelantan-Patani.


TENTATIF
UTAMA / TENTATIF

Hari 1
8.00 pagi : Pendaftaran Peserta

Slot 1
8.45 : Ketibaan Tetamu Kehormat
: Bacaan Ayat-ayat Suci al-Quran
: Bacaan Doa
: Sajak Perjuangan

9.15 pagi : Ucapan Penghargaan
Oleh: YBhg Dato’ Hj A. Aziz Deraman, Pengerusi/Pengarah Seminar
Ucapan Sambutan/Aluan
Oleh: YBhg Prof Em. Dato’ Dr Mahmood Zuhdi, Pengerusi MDN Malaysia
Perasmian:
Oleh: YB Dato’ Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan A/Bangsa

10. 15 pagi : Jamuan ringan

Slot 2

10.45 pagi :
Kertas Kerja 1: KELANTAN DALAM KESINAMBUNGAN SEJARAH
Oleh: Prof Emeritus Dato Dr Nik Hassan Shuhaimi Ab Rahman
Kertas Kerja 2: PATANI DALAM SEJARAH
Oleh: YBrs. Mohamed Omar Chapakeya, Universiti Patani.
Kertas Kerja 3: CABARAN ASAS MASYARAKAT PATANI SEKARANG
Oleh: `Dr Ahmad Idris @ Warowit Baru

12. 30 Rehat/Makan tengahari/Solat

Slot 3

2.30 ptg :
Kertas Kerja 4: PENGURUSAN AGAMA DAN PEMBANGUNAN
DALAM WILAYAH KELANTAN-PATANI
Oleh: Prof Dr Mohd Mansor Md Nor, UKM.
Kertas Kerja 5 : PENDIDIKAN, KEILMUAN DAN KESARJANAAN
KELANTAN
Oleh: Prof Em Dr Shaharir Mohd Zain, UPM.
Kertas Kerja 6: ULAMA KELANTAN-PATANI DALAM PEMBAHARUAN
PEMIKIRAN UMMAH.
Oleh: YBrs Ahmad Fathy al-Fathani @ Abd Razak Mahmud, MAIK.

4.30 ptg Jamuan

8.30 mlm Majlis Jamuan Makan Malam: Keberangkatan TYDP MAIK/Pemangku Raja

Hari 2
Slot 4

8.30 pagi Kertas Kerja 7: SOSIOBUDAYA KELANTAN-PATANI: ISU DAN
CABARAN
Oleh: Dato Hj A Aziz Deraman, Presiden PERADABAN.
Kertas Kerja 8: PEMULIHARAAN SENI BUDAYA DAN SEJARAH
TEMPATAN DI SELATAN THAILAND
Oleh: Ustaz Haji Ismail Benjasmith

Slot 5

9.15 pagi:
Sidang Selari

10.00 pagi MINUMAN RINGAN

Slot 6

11.00 pagi

Sidang Selari



12.30 th Rehat/Makan tengahari/Solat

Slot 7

2.30 ptg

Sidang Selari

Slot 8

3.30 ptg

Pembentangan Rumusan – Pengarah Seminar
4. 00 ptg Majlis Penutupan
Ucapan Sambutan
Oleh: YBhg Hj Abd Halim Hamat, Pesuruhjaya MDN Kelantan

Perasmian Penutup
Oleh: YAB Dato Hj Ahmad Yaacob, Menteri Besar Kelantan.
Penyampaian cenderahati kepada YAB Menteri Besar Kelantan

5.00 ptg Majlis Bersurai/ Minum Petang.

YURAN PENYERTAAN
UTAMA / YURAN PENYERTAAN

Pembentang individu : RM300
Pembentang pelajar   : RM150
Peserta Awam                : RM100
Peserta Pelajar               : RM50
Sisipan                              : RM200


KERTAS KERJA
UTAMA / KERTAS KERJA

Peserta yang berminat untuk membentangkan kertas kerja adalah dialu-alukan untuk menghantar abstrak (tidak melebihi 300 patah perkataan) untuk pertimbangan.

Abstrak wajib disediakan di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.
Kertas kerja boleh disediakan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab
Abstrak dan kertas kerja hendaklah dihantar dalam format MS Word kepada farid@ukm.edu.my

Skop kertas kerja: Semua kertas kerja dan hasil penyelidikan berkaitan sejarah dan budaya Kelantan-Patani dan memenuhi mana-mana sub-tema seminar.


URUS SETIA
UTAMA / URUS SETIA
URUS SETIA SEMINAR

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM
PENAUNG:
Prof. Emer. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid, Pengerusi MDN.

PENASIHAT:
Dato’ Haji Abd Halim Hamat , Pesuruhjaya MDN Kelantan.
Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi, TYDP MAIK

PENGERUSI:
Dato’ Haji A.Aziz Deraman,

PENGARAH:
Pengerusi Dewan Sosiobudaya

MDN-Kelantan & Presiden PERADABAN

TIMBALAN PENGERUSI:
Dr Muhamad Razak b Idris, UKM

SETIAUSAHA BERSAMA :
Dr Farid Mat Zin, Fakulti Pengajian Islam, UKM
Sharrul Rizal Hashim, DBP/PERADABAN

PEN. SETIAUSAHA:
Puan Dr Azizah Hussein, MDN- Kelantan
Mohd Ikhram Fadly Hussin, DBP/PERADABAN
En Baharin Ilias (MAIK)

PEGAWAI TUGAS KHAS:
Haji Aminuddin Mamat, PERADABAN
Puan Aniza Yusoff, MDN-Kelantan.

AHLI JAWATANKUASA INDUK:
YBhg Dato’ Haji Yahya Ahmad,
Pengarah Jabatan Persekutuan (JPP) Kelantan.
Encik Rusydee bin Abdullah, Setiausaha MAIK.
Hajah Che Zainab Omar, Pengarah DBPWT
Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan.
Dato’ Haji Che Mohd Rahim Hj Jusoh, Pengarah JHEIK
Prof Madya Ahamad Termizi, Dekan FTKW, UMK
Dr Haron Daud, Mantan Prof UMK.
YM Tengku Ab Rahman Tuan Yunus, Pengarah YIK.
Encik Md Nazwan Ismail, Pengarah Perbadanan MNK
Encik Abdul Jabar Mohd Ridi, Pengarah Arkib Kelantan
Encik Jasmi Rasit, Pengarah JKKN Kelantan.
Encik Nik Mustapha Haji Nik Hassan, KPSU, SUK
Puan Noriani Mohd Idris, Pengarah Jbt Penyiaran Kelantan
Encik Mohamad Othman, Pengarah Perbadanan PNK
Dr Mohamed Omar Chapakeya, Universiti Patani
Dr Warowit Baru@Ahmad Idris, Mantan Senator Thailand
Che Lah Isheakphong, Dekan, Princess of Narathiwats
University (PNU), Thailand
Ustaz Wan Imran Wan Jaafar, PNU, Narathiwats.
Azman Trah Ali, Timbalan Dekan Akademik, PNU.
Dr Yusoff Talek, Dekan Akademi Pengajian Islam, PSU.
Dr Abd Razak Pandamalae, Univ Sri Nakhonwirot, Thailand
Baba Abdul Rahman Abd Samad, Presiden PERMAI, Thai
Encik Usman Ibrahim, PERADABAN/GAPENA

JKK Urusetia Seminar dan Kertas Kerja/Layar Latar/Banting
Ketua: Haji Aminuddin Mamat, PERADABAN/IPGKB.
AJK: Ustaz Hashri Junoh, MAIK
En Abdul Hadi Yusoff, PERADABAN
Puan Ariza Ismail, DBP WT
En Baharin Ilias , MAIK
Puan Aminah bt Awang Basar, DBP KL.
JKK Jemputan/Hebahan/Sambutan/Protokol
Ketua: Dr Azizah Hussein, MDN-Kelantan
Ahli: En Ahmad Faizul b Md Zain, MAIK
Haji Mohd Yassin b Mohd Nor, MDN-Kelantan
Encik Usman Ibrahim, PERADABAN
Puan Zahani bt Che Ismail, DBPWT
Pegawai Jabatan Pendidikan Kelantan

JKK Perasmian/Peralatan dan Penutup/Persiapan Tempat
Ketua: Dr Mustafa b Ahmad, MDN-Kelantan
AJK: Ustaz Mohd Zain b Mamat, PERADABAN
Dr Nur Azuki b Yusuff, MDN-Kelantan
Ustaz Mohd Faisal Abdullah, MDN-Kelantan
Puan Ariza bt Ismail, DBPWT
Encik Amran b Mamat, MDN-Kelantan
Muhammad Arif b Man, PERADABAN

JKK Pendaftaran
Ketua: Dr Haji Che Hamat b Hj Che Muda, MDN-Kelantan
AJK: Puan Aniza Yusoff, MDN-Kelantan
Haji Husdaini Mamat, PERADABAN
Haji Suhaimi b Yusof, MDN-Kelantan.
Puan Saleha Che Seman, DBPWT

JKK Cenderamata
Ketua: Puan Hajah Che Zainab Omar, DBPWT
AJK: Abd Razak Ismail, PERADABAN.
Pn Siti Zulbida bt Daud, MDN-Kelantan
Pn Farahwahida bt Fauzi, MAIK.
Puan Nur Anis Salwani bt Awang Muhammad, DBPWT

JKK Jamuan Umum/Santapan Malam/VIP/Peserta
Ketua: Puan Zunaidah bt Mamat, MDN-Kelantan.
AJK: Ustaz Hj Murtadha b Hj Abdullah, KPU, MAIK.
Encik Nik Mustapha Haji Nik Hassan, KPSU, SUK
Haji Mat Rani b Setapa, PERADABAN.
Pn Yusnita bt Muhamed Yusoff, MDN-Kelantan

JKK Publisiti/Media/Dokumentasi
Ketua: Puan Hajah Noriani Mohd Idris, Pengarah Jb Penyiaran
AJK: Usman Ibrahim, PERADABAN/GAPENA
Mohd Ikhram Fadly Hussein, DBPWT/PERADABAN
Haji Aziz Mohd Nor, PERADABAN
Wan Mohd Helmy Wan Hussein, DBPWT

Comments

Popular Posts